TANGGUNGJAWAB UTAMA:
✅ Mengurus dan menyelenggara General Ledger – memastikan semua transaksi kewangan direkod dengan betul dan kemas kini dalam sistem akaun.
✅ Menyediakan dan menyemak Journal Entries (Journal Ronde) – menyedia, menyemak dan memasukkan data jurnal dengan tepat bagi semua transaksi kewangan syarikat.
✅ Menyediakan laporan kewangan bulanan – termasuk Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-Kira dan Laporan Aliran Tunai, mengikut jadual yang ditetapkan.
✅ Menganalisis akaun dan perbelanjaan – menilai ketepatan dan justifikasi setiap transaksi, mengenalpasti ketidakselarasan, dan menyediakan penjelasan kepada pihak pengurusan.
✅ Menyelaras penyediaan dokumen untuk audit dalaman dan luaran – bekerjasama dengan auditor bagi memastikan proses audit berjalan lancar dan mematuhi keperluan peraturan dan piawaian.
✅ Memastikan pematuhan kepada polisi kewangan dalaman dan piawaian perakaunan semasa (MFRS/MPERS)
✅ Menyediakan rekonsiliasi bank bulanan – memastikan keselarasan antara rekod dalaman dan penyata bank.
✅ Menguruskan dokumen sokongan seperti invois, resit dan baucar bayaran – memastikan semua dokumen disimpan secara sistematik dan boleh diakses semasa diperlukan.
✅ Membantu dalam proses penutupan akaun bulanan dan tahunan serta terlibat dalam perancangan kewangan jika diperlukan.