PELUANG KERJAYA BERSAMA KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN BHD

Kami adalah penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar dan novel yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak lebih dari 30 tahun lalu. Kami menerbit Al-Quran, Sinar Harian, hampir 30 majalah dan buku-buku dalam pelbagai kategori. Kami juga merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin percetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia. Ekoran daripada perkembangan perniagaan kami dan peningkatan yang memberangsangkan maka kami dengan ini mempelawa individu yang berminat dan mempunyai kelayakan bagi mengisi kekosongan berikut:

DAFTAR/LOG MASUK
  • 1. operator / penolong operator – sheetfed (printing)
    Lokasi: shah alam

    Tanggungjawab Utama

    • Mengendalikan mesin cetak Sheetfed mengikut jadual dan arahan pengeluaran.

    • Membantu proses machine setup, make-ready, printing dan finishing bagi memastikan kelancaran operasi.

    • Memastikan hasil cetakan menepati spesifikasi dari segi warna, registration, kualiti dan kuantiti.

    • Memantau operasi mesin sepanjang proses percetakan dan mengambil tindakan sekiranya terdapat masalah.

    • Memastikan penggunaan kertas, dakwat dan bahan percetakan dibuat dengan betul bagi mengurangkan pembaziran.

    • Melaksanakan pemeriksaan asas serta menjaga kebersihan dan keadaan mesin.

    • Mematuhi SOP, keselamatan tempat kerja dan standard kualiti yang ditetapkan syarikat.

    • Merekod maklumat pengeluaran dan melaporkan sebarang kerosakan atau masalah mesin kepada penyelia.

    • Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan selamat.

    • Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi pengeluaran apabila diperlukan.

    Kelayakan / Requirements

    • Minimum SPM / SKM atau kelayakan yang setaraf.

    • Pengalaman dalam industri percetakan atau mengendalikan mesin Sheetfed adalah satu kelebihan.

    • Calon tanpa pengalaman tetapi mempunyai minat untuk mempelajari operasi mesin percetakan boleh dipertimbangkan bagi jawatan Penolong Operator.

    • Mempunyai pengetahuan asas berkaitan proses percetakan merupakan satu kelebihan.

    • Bersedia untuk bekerja secara shift dan kerja lebih masa (OT) apabila diperlukan.

    • Seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.

    • Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.

    • Mempunyai tahap kesihatan dan fizikal yang sesuai untuk bekerja dalam persekitaran pengeluaran.

    • Lokasi kerja: Ultimate Print Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.